Wednesday 12 December 2012

Geografi Failed!!!

Whatsapp
10 Disember 2012
16:30

Esok Abg gi Seremban
4 hari 3 malam
Tourism
:'(
Kul 6 pagi esok dah gerak
:-|
Thanks.
 Yang bujang ramai.
 Yang ada bini jugak disuruh outstation  
Outstation bergilir la..
Whatever!

Maka aku pun terus bad mood. Tutup PC, lepak surau. Lepas tu aku decide nak pergi jalan-jalan kat Wangsa Walk Mall utk hilangkan kegusaran di hati.
Tiba-tiba terdetik. Seremban jauh sangat ke? tak boleh balik hari ke? 
Cek Google Maps lah. 
Alamak! PC dah shut down.
malas lah.

Lantas aku berjalan longlai ke Wangsa Walk Mall dengan perasaan berbaur kemarahan, kecewa, sedih sebab esok asben nak tinggal.

Jam 7 malam asben sampai kt depan Wangsa Walk Mall.
"Dumm." Pintu kereta aku tutup dengan penuh sopan santun.

"Kenapa muka masam ni syg? Kenapa bad mood?" Asben aku memulakan bicara.
Aku senyum kelat.
"Tu senyum tipu. Cakap la kenapa bad mood ni?" Asben aku belagak caring.
"Heee..tak bad mood lah. Suka sangat. Happy gila abg nak outstation 4 hari!" Jawab aku dengan penuh sinikal berserta senyum sumbing.
"Kahkahkahkahkahkahkah." Tiba-tiba asben aku gelak macam ahli sihir. 
"KL-Seremban dekat je la syg oi. kahkahkah. kena tipu. abg pegi sehari je la. kahkahkahkahkahkah. terus bad mood. kahkahkahkah." Asben aku berterusan mentertawakan aku. Demm!

Deep inside, masa berjalan-jalan dalam WWM tadi memang aku dok fikir dan berharap bahawasanya ini sekadar prank budak darjah 1 oleh asben aku. Jujurnya hati nurani aku seperti dapat mengesan perkara ini. Bila dah kena gelak camtu maka lega lah aku. Tak jadi kena tinggal.

Moral of story, jangan buta geografi sangat!
kthanksbye.

No comments:

Post a Comment

Kutuk la.. Kutuk.. Dosa Tanggung sendiri