Monday 17 December 2012

24/7 You Are on My Mind

Looks like things never happen the way I expected. 
I wanted to get married with the man I love. I did it. Alhamdulillah. 
Used to work at a budget hotel. Kinda awesome. Low basic salary but got miscellaneous allowance such as overtime,bonuses every three months. Alhamdulillah. But I got less time to spend with family. SO, I decided to change my job. Got plenty of time but very low salary. Earn the same amount every month. No bonus, no o.t.
I wanted a man who has a bright future. It's him. Alhamdulillah. 
I wanted a man who is working normal office hours. Unfortunately he is not. yeah, bright future, high salary but outstation almost every two weeks. 
I'm not sighing but.. Until when?



**No, I don't regret marrying you. I love you now and forever. I just hope we could spend more time together. I just want to be with you 24/7.

Wednesday 12 December 2012

Geografi Failed!!!

Whatsapp
10 Disember 2012
16:30

Esok Abg gi Seremban
4 hari 3 malam
Tourism
:'(
Kul 6 pagi esok dah gerak
:-|
Thanks.
 Yang bujang ramai.
 Yang ada bini jugak disuruh outstation  
Outstation bergilir la..
Whatever!

Maka aku pun terus bad mood. Tutup PC, lepak surau. Lepas tu aku decide nak pergi jalan-jalan kat Wangsa Walk Mall utk hilangkan kegusaran di hati.
Tiba-tiba terdetik. Seremban jauh sangat ke? tak boleh balik hari ke? 
Cek Google Maps lah. 
Alamak! PC dah shut down.
malas lah.

Lantas aku berjalan longlai ke Wangsa Walk Mall dengan perasaan berbaur kemarahan, kecewa, sedih sebab esok asben nak tinggal.

Jam 7 malam asben sampai kt depan Wangsa Walk Mall.
"Dumm." Pintu kereta aku tutup dengan penuh sopan santun.

"Kenapa muka masam ni syg? Kenapa bad mood?" Asben aku memulakan bicara.
Aku senyum kelat.
"Tu senyum tipu. Cakap la kenapa bad mood ni?" Asben aku belagak caring.
"Heee..tak bad mood lah. Suka sangat. Happy gila abg nak outstation 4 hari!" Jawab aku dengan penuh sinikal berserta senyum sumbing.
"Kahkahkahkahkahkahkah." Tiba-tiba asben aku gelak macam ahli sihir. 
"KL-Seremban dekat je la syg oi. kahkahkah. kena tipu. abg pegi sehari je la. kahkahkahkahkahkah. terus bad mood. kahkahkahkah." Asben aku berterusan mentertawakan aku. Demm!

Deep inside, masa berjalan-jalan dalam WWM tadi memang aku dok fikir dan berharap bahawasanya ini sekadar prank budak darjah 1 oleh asben aku. Jujurnya hati nurani aku seperti dapat mengesan perkara ini. Bila dah kena gelak camtu maka lega lah aku. Tak jadi kena tinggal.

Moral of story, jangan buta geografi sangat!
kthanksbye.

Tuesday 11 December 2012

1st Trimester

Lokasi : Dalam opis, depan pc.
Jam : 3 pm.

Kat sini aku nak share sikit la pengalaman sepanjang 11 minggu mengandung. Tak banyak.
Satu, aku antara yang beruntung kot walaupun aku tak ada kaitan dgn Along Bukit Beruntong. Hehe.. Apa yang untungnya? Aku tak mengalami gejala morning sickness yang membuatkan loya-loya,pening, mual-mual, muntah-muntah bagai. Alhamdulillah. Disebabkan itu aku macam tak sedar pun yang aku sedang bawak budak dalam perut.

Yang ni common. Tanya la mana-mana ibu mengandung di awal trimester pertama majoriti akan hilang selera makan. Bayangkan lah, kantonis kueyteow tu salah satu makanan kegemaran aku. Tiap-tiap hari waktu lunch memang aku akan makan benda alah tu. Tup tap bila dah mengandung ni, memang aku tak lalu langsung nak telan. Maka aku pun say goodbye la kepada kantonis kueyteow. Sekarang ni, dah masuk 11 minggu pun aku masih kurang selera makan. Lapar cam nak gila tapi tak ada selera. Seksa woi. Kang kalau tak makan aku pitam pulak. Dah la aku ni spesis bertekanan darah rendah.
Ada satu hari aku teringin nasi goreng kampung. Bukan apa, dok teringat nasi goreng mak aku. Nak balik kampung lambat lagi. Jadi aku pun order la nasi goreng kampung kat satu kedai. Last2 aku makan 2 3 suap je. Tak lalu. Tapau sebab ingat mungkin tengah malam aku nak sambung makan. Last2 keesokan harinya terbuang macam tu sahaja.

Mengidam makan pelik-pelik tu so far belum ada lagi la. Setakat teringin makan sate, makan char kuey teow, rojak buah tu ada la. Kalau mengidam makan daging babi salai tu mintak simpang la. Kalau tiba-tiba aku mengidam makan menatang tu, aku suruh je asben aku lempang laju2 bagi berambus jin dan setan dalam badan. Hahaha.

Latest, seminggu dua kebelakangan ni agak pelik la kejadian yang satu ni. Aku tak boleh gosok gigi. Bila lepas gosok gigi je, time nak berkumur tu tiba-tiba uwekk. Seksa sial. Dah la tak da isi yang keluar. Keluar air liur kosong je. Sekarang ni pagi-pagi masa nak berkumur je mesti aku uwekk2 selama 5 minit. Penat woo. Tak suka! Tak suka! sampai aku rasa fobia nak gosok gigi :'(

Lain-lain kes. Hmm.. Aku tak pasti yang ni ada kaitan ke tak. Tiap-tiap hari masuk opis kerja aku tidur! Kadang-kadang tidur tersandar kat kerusi, kadang-kadang terlentok kat meja. Kadang-kadang kalau tak tahan sangat aku rela korbankan waktu makan tengah hari. Masa yang ada aku manfaatkan sepenuhnya tidur dalam surau. Lantak lah. tahap kemengantukan aku kronik gila kot. Ok lah. Aku mengantuk. Aku nak tizZzzzzZzzzZzzZzzzzZzzzZZzzz

Laparuddin 1.0

Hari ni datang kerja mertua hantar. Asben aku pergi Seremban pukul 6 pagi. ok, nak bagitau tu je. nak breakfast nasi lemak lepas tu minum Anmum. papai ~


Gambar hiasan. Sumber Google

Monday 10 December 2012

Exciting News Part 2

Ceewah.. ada part 1 part 2 pulak. dah macam Breaking Dawn Part 2. Hehehe..
Sambung cerita pasal berita gembira. I am now a mommy to be. Alhamdulillah, saat aku mengetuk-ngetuk papan kekunci ni kandungan aku dah berusia 10 minggu 6 hari bersamaan 2.3 bulan. Buat masa sekarang aku masih belum berkesempatan untuk membuat ujian ultrasound. 

Imbas kembali.
Aku sedar aku dah lewat datang bulan selama dua minggu. Otometik la suami aku excited gila babas. Dia saspek aku pregnant. Aku pulak antara nak percaya dgn tak je. Aku pregnant ke? biar betul? suami aku dok sebok suruh beli pregnancy test tapi aku tak mau sbb aku takut kalau result dia negatif, nanti aku kecewa.Atas desakan beliau aku pun test la. Alhamdulillah double line. masa tu aku menjerit dan menangis. Seronok gila woi. 
Maka keesokan harinya (12 November 2012) lepas habis kerja terus suami aku bawak pergi Klinik Keluarga kat Seksyen 1 Wangsa Maju. Doktor tu buat urine test lagi sekali. Dia tanya tarikh last aku period. Nasib baik la aku ingat tarikh tu. Dia buat calculation lepas tu dia bagitau aku dah pregnant 6 minggu. Pergghh! terkejut aku dengar. 6 minggu kau? aku ingat kan baru seminggu dua. Doktor tu takde pulak cek perut ke apa. dia sembang2 sikit2 je. Then dia pesan lagi 2 3 minggu datang balik cek. Dah balik dari klinik baru aku teringat, aku lupa nak tanya due date.
Balik rumah, terus la aku google. tekan sana tekan sini tiba-tiba terjumpak kalkulator tarikh bersalin kat website Pa&Ma. Dari situ la aku tau macam mana dia punya calculation. So, sekarang ni almost everyday kerja aku bukak google, kelebek habis semua website yang berkaitan dengan kehamilan. Video persenyawaan, video baby progress, video orang bersalin semua aku dah khatam. Punya eksaited la kan.Tapi laki aku terlebih eksaited kot. Dia lah yang sebok call mama & abah dia lepas tu call abah aku semata-mata nak bagitau aku pregnant. Aku plan nak rahsia dulu asalnya. Nak buat seprais la, balik kampung perut boyot. Hehehe...

Jadi, setakat hari ini memang tak ramai yang tau pasal kehamilan aku ni. Orang tua-tua pesan jangan heboh sangat masa awal-awal. Tunggu sekurangnya 3 bulan baru boleh announce. Memandangkan lagi 2 minggu nak masuk 3 bulan, aku rasa tak salah kot kalau aku share dlm blog. Hehehe.. okthanxbye

Friday 7 December 2012

I'm back with exciting news.

Wow! dah 8 bulan aku tak kemaskini blog. Tak tahu nak start dari mana.
25 Ogos 2012 bersamaan 7 Syawal 1433 aku telah pun selamat diijabkabulkan bersama suami aku yang kacak. hehe.. Hari yang sama jugak majlis perkahwinan diadakan di rumah aku. 

Seminggu kemudian, 1 September 2012 diadakan pula majlis sebelah laki di Stadium Titiwangsa.
Alhamdulillah, majlis berjalan lancar walaupun pada hari kejadian aku tak sihat. Batuk teruk gila. Memang hilang nikmat bersanding. Masa makan beradap lak, sekali suap nasi 10 kali aku batuk. memang sengsara. Tapi apa pun, aku tetap gorgeous. hehe..

Hmm..regarding exciting news tu. later on la. kthanxbye

Tuesday 27 March 2012

Kalut.

Kalut, kelam-kabut, rungsing, senak perut, serabut, serabai. Perkataan yang sesuai untuk menggambarkn perasaan aku. Stress pun ada. Dengan butik pun belum jumpa yang harga berpatutan, warna baju pun belum decide. Time2 camni memang lagi kerap la bergaduh dengan tunang.hmmmm.. Tekanan kiri kanan. 

Monday 27 February 2012

Cabaran, Ujian dan Ganjaran

Assalamualaikum..,
perghh!! agak muslimah intro gua hari ini. sedar tak sedar dah 4 juta kurun gua tak update blog. Memang bukan blogger sejati betul.
Gua tak mau merapap berjela-jela. Gua straight to the point je.
Di pengakhiran 2011 memang banyak suka duka yang aku lalui. Bermula dengan kisah tragis gangguan pihak ketiga yang menyebabkan gua dgn buah hati bergaduh teruk. Nyaris kecundang mahligai bahagia. Kemudian diserikan pulak dengan majlis pertunangan gua dgn buah hati gua. Dah bahagia aman makmur damai sentosa, tiba-tiba badai datang melanda. Biasa lah... Lautan mana yang tak bergelora? Bumi mana yang tak ditimpa hujan? Sekarang gua sedang menghitung hari menunggu hari bahagia bersama tunang tercinta. Lambat lagi. Bulan 8 nun.
Kat sini gua selitkan beberapa keping gambar kurang menarik di hari pertunangan gua.
mempromosikan buah-buahan tempatan

Jangan tangkap kami. kami x buat ape2 pn.