Monday 10 December 2012

Exciting News Part 2

Ceewah.. ada part 1 part 2 pulak. dah macam Breaking Dawn Part 2. Hehehe..
Sambung cerita pasal berita gembira. I am now a mommy to be. Alhamdulillah, saat aku mengetuk-ngetuk papan kekunci ni kandungan aku dah berusia 10 minggu 6 hari bersamaan 2.3 bulan. Buat masa sekarang aku masih belum berkesempatan untuk membuat ujian ultrasound. 

Imbas kembali.
Aku sedar aku dah lewat datang bulan selama dua minggu. Otometik la suami aku excited gila babas. Dia saspek aku pregnant. Aku pulak antara nak percaya dgn tak je. Aku pregnant ke? biar betul? suami aku dok sebok suruh beli pregnancy test tapi aku tak mau sbb aku takut kalau result dia negatif, nanti aku kecewa.Atas desakan beliau aku pun test la. Alhamdulillah double line. masa tu aku menjerit dan menangis. Seronok gila woi. 
Maka keesokan harinya (12 November 2012) lepas habis kerja terus suami aku bawak pergi Klinik Keluarga kat Seksyen 1 Wangsa Maju. Doktor tu buat urine test lagi sekali. Dia tanya tarikh last aku period. Nasib baik la aku ingat tarikh tu. Dia buat calculation lepas tu dia bagitau aku dah pregnant 6 minggu. Pergghh! terkejut aku dengar. 6 minggu kau? aku ingat kan baru seminggu dua. Doktor tu takde pulak cek perut ke apa. dia sembang2 sikit2 je. Then dia pesan lagi 2 3 minggu datang balik cek. Dah balik dari klinik baru aku teringat, aku lupa nak tanya due date.
Balik rumah, terus la aku google. tekan sana tekan sini tiba-tiba terjumpak kalkulator tarikh bersalin kat website Pa&Ma. Dari situ la aku tau macam mana dia punya calculation. So, sekarang ni almost everyday kerja aku bukak google, kelebek habis semua website yang berkaitan dengan kehamilan. Video persenyawaan, video baby progress, video orang bersalin semua aku dah khatam. Punya eksaited la kan.Tapi laki aku terlebih eksaited kot. Dia lah yang sebok call mama & abah dia lepas tu call abah aku semata-mata nak bagitau aku pregnant. Aku plan nak rahsia dulu asalnya. Nak buat seprais la, balik kampung perut boyot. Hehehe...

Jadi, setakat hari ini memang tak ramai yang tau pasal kehamilan aku ni. Orang tua-tua pesan jangan heboh sangat masa awal-awal. Tunggu sekurangnya 3 bulan baru boleh announce. Memandangkan lagi 2 minggu nak masuk 3 bulan, aku rasa tak salah kot kalau aku share dlm blog. Hehehe.. okthanxbye

No comments:

Post a Comment

Kutuk la.. Kutuk.. Dosa Tanggung sendiri