Friday 28 October 2011

seprais! seprais!

Wah! Dah patblas abad gua tak update blog semenjak Nelson Mandela resign jadi gitaris XPDC. Erk..lu kenal ke XPDC? ala,.yang nyanyi lagu wajah kesayangan hamba tu la. erk.. tak lawak ke? Huhu..
Hokay2,. gua bukan nak cerita pasal XPDC mahupun Nelson Mandela. Gua nak cerita pasal seprais atau dalam bahasa ibunda disebut kejutan. Alaa., macam kejutan hari jadi, kejutan elektrik, kejutan budaya. Lu pun mesti pernah mengalami kejutan dalam hidup. Tipu lah kalau tak pernah. Kecik2 dulu mesti lu punya bonda selalu kejut untuk pergi sekolah kan? Sekarang dah besar panjang pun lu orang selalu menerima kejutan daripada alarm hendset tiap2 pagi kan? Tak pun lu pernah menerima kejutan apabila ditengking oleh lu punya bapak sebab lu curi2 hisap rokok daun lu punya tokwan kt belakang rumah kan? Haa...


Tapi kan, bukan kejutan jenis tu gua mau cerita. Ini kejutan jenis mempengaruhi folio perjalanan gua punya hidup. Ceritanya adalah begini...


Kat tempat kerja gua ni ada la sorang mamat Kelantan ni. Gua punya supervisor. Tapi gua ni dah macam dia punya secretary. Semua benda dia mintak gua tolong buatkan. Secara professionalnya gua memang senang hati la bekerjasama dengan beliau. 4 8 menjak ni gua tengok mamat ni macam lain macam je dengan gua. Gua ushar punya ushar tiba2 satu hari dia kasi SMS sama gua.


"Di, tolong arrangekan kita tgk wayang"


"Erkk.. U mean semua staff hotel ke?"


"Two of us.. Tak boleh ke?"


"Let me think of it first. R U serious 'bout this?"


Pastu mamat ni tak reply. Gua jam tu macam dah nak tercabut jantung. Kalau doktor nak check pun tak payah pakai stetoskop. Dia duduk patblas km pun dah boleh dengar gua punya jantung berdegup kencang.
Memang hari tersebut gua tak boleh nak fokus kerja la. Layan guest pun mau tak mau je. 


Dua hari lepas kejadian tersebut gua SMS dia lagi. Tanya punya tanya mamat tu cakap dah lama dia suka dekat gua. Semenjak hari pertama dia tengok gua time gua datang interview kat hotel ni dia dah suka kt gua. Lepas 7 bulan gua kerja sini baru dia berani ajak keluar. Lu terkejut tak? Gua terkejut nih. Inilah kejutan yang gua maksudkan.


So, buat masa sekarang mamat ni memang sibuk dok ayat gua la. Lu agak2 gua akan cair ke? InsyaAllah tak.. Sebab gua ada boyfriend. Tapi gua syok jugak sebab ada orang dok ayat2. Hahahaha.. Eleh,.lu pun sama kan? mesti syok punya kalau ada orang ayat. Rasa diri tu macam laris giler lah.
Gua observe mamat Kelantan ni, memang tak boleh masuk dengan gua. Banyak sebab. Paling tak boleh blah, dalam tempoh meng'ejas gua ni pun beliau tanpa segan silu mengaku berniat nak kawen 4. Memang terang2 gua reject la. Lagipun gua sayang la sama gua punya boyfriend. Huhuhu.. Dah la mamat ni hobi beliau memancing. Memang lagi gua bertambah tak berkenan la. Tak pandai main alat muzik satu hal, karaoke pun dia tak minat. Bapak membosankan mamat ni. Paling penting, masa bulan puasa lepas gua ada la testing mamat ni suruh baca doa berbuka. Failed! Memang boyfriend gua menang tanpa bertanding la nampaknya. 


Okay,.ni kejutan kedua pulak. Tanggal 27 Oktober 2011 jam 03:09:24 pagi, gua terima satu SMS dari nombor yang tak dikenali. Tapi gua rasa macam familliar. Esok pagi terus gua call pakai telefon hotel. patblas kali gua call, beliau tak jawab. Lewat petang, dia call balik telefon hotel. Gua jawab dengan penuh debaran di dada. 


"Good aftrenoon, Smile Hotel."


"Hello?" 


"Hello?"


"Boleh saya tahu dengan siapa saya bercakap?"


"Hello? Hello? Hello?" Eseh,.mamat ni buat2 tak dengar pulak.


"Hello?" Tuut..tuuuttt..tuutt.. Celake betul la.


Tak syak lagi. Gua amat mengenali suara tersebut walaupun beliau sekadar mengucapkan hello. Jeng jeng jeng..
Ya betul, beliau adalah patung mashimaru yang kena reject dari kilang. Inilah mamat celake, cinabeng dan yang setaraf dengannya yang menghina-hina gua satu ketika dahulu. Yang tinggalkan gua setelah 3 tahun bersama kerana mengejar awek yg kaki botol macam beliau jugak. Yang menggelar gua sebagai perempuan jalang di facebook. Gua amat terkejut.


Okay, itu sahaja kejutan yang gua ingin kongsi bersama. Terima kasih. 


Ada satu lagi kejutan tapi gua tak mau story sebab gua nak kejutkan lu pulak pasnih. Okthanxbye


notafoodcourt: memang anti klimaks betul la gua punya entry nih.hahaha

2 comments:

  1. ape yg awak cube smpaikan ni? hidung awak tersumbat ke? hahaha...kelantanation? rejection lah! hahaha...

    ReplyDelete
  2. hahaha..taw xpe! xmo la klantn2 bunut dfc nih. skrg ni tgh rungsing cmne nk reject mamat ni elok2. kang jd cm rahim lak, trus kawen ngn janda sbb pras.hahaha

    ReplyDelete

Kutuk la.. Kutuk.. Dosa Tanggung sendiri